Pages

Wednesday, December 5, 2007

Kisah ISKANDAR ZULKARNAIN

Siapakah Iskandar Zulkarnain ?

Zulkarnain (Bahasa Arab ذو القرنين dhū al-Qarnayn [ðulqarˈnajn]), secara harfiahnya bermaksud "Dia yang Bertanduk Dua", merupakan satu tokoh yang disebutkan di dalam kitab suci Qur'an. Bertanduk dua itu mungkin menjurus kepada jajahannya yang meliputi dari timur hinggalah ke barat.

Beliau dikurniakan kepintaran, kecerdasan berfikir dan seorang yang amat berlimu : Ilmu perang, politik, ilmu teknik dan kimia.

Sejak kecil lagi beliau merasa gusar melihat peperanga yang sering terjadi di antraa Timur (Kerajaan Parsi) dengan Barat (Kerajaan Rom). Peperangan yang berpanjangan dari tahun ke tahun, malah dari abad ke abd telah mengorbankan banyak nyawa dan merosakkan bumi dan harta benda.

Maka beliau bercita-cita menamatkan peperangan yang berpanjangan itu dengan menyatukan kerajaan di Timur dan Barat. Kisah tentang beliau telah dirakamkan di dalam Al-Qur’an dalam surah Surah Al-Kahfi : Ayat 83 - 98

[84]
Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.

[85]
Lalu ia menurut jalan (yang menyampaikan maksudnya).

Dengan kurniaan ilmu yang dianugerahkan Allah kepadanya, mula-mula sekali beliau bersama tenteranya menuju ke Barat iaitu Maghribi (Maroco), tempat terbenamnya matahari. Di situ dilihatnya matahari terbenam di mata air yang hitam , iaitu Lautan Atlantik.

[86]
Sehingga apabila ia sampai ke daerah matahari terbenam, ia mendapatinya terbenam di sebuah matair yang hitam berlumpur, dan ia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): "Wahai Zulkarnain! Pilihlah sama ada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka".

Di situ ditemukannya satu bangsa yang kufur dan engkar, yang hidup mereka dipenuhi dengan melakukan kejahatan dan kerosakan kepada bukan sahaja bumi tetapi juga sesama insan.

Apabila berhadapan dengan kaum Zulkanain terlebih dahulu memohon petunjuk dari Allah, akan tindakan yang perlu dilakukan. Allah memberikan Iskandar Zulkarnain dua pilihan, samada diperangi habis-habisan atau dibimbing dan diajak mereka kembali ke pangkal jalan.

Lalau beliau memutuskan untuk memerangi kaum yang jahat itu dan melepaskan serta melindungi orrang-orang yang baik di antara mereka.

[87]
Ia berkata: "Adapun orang yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka kami akan menyeksanya; kemudian ia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya.

[88]
Adapun orang yang beriman serta beramal soleh, maka baginya balasan yang sebaik-baiknya; dan kami akan perintahkan kepadanya perintah-perintah kami yang tidak memberati".


Akhirnya kaum itu berjaya ditewaskan, dah Iskandar Zulkarnain menyusun kembali system pentadbiran dan kemasyarakatan sebaik-baiknya mengikut tuntutan agama.

Setelah selesai mengatur semuanya, Iskandar Zulkarnain dan tenteranya meneruskan pula perjalanan ke arah Timur iaitu menuju Negara India.
[89]
Kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain.

[90]
Sehingga apabila ia sampai di daerah matahari terbit, ia mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripadanya.

Dia menakluk negara itu, yang masih dibelenggu kesesatan dan mundur lalu mengeluarkan mereka dari kesesatan dan kejahilan. Sebelum meneruskan perjalanan, beliau mengatur kembali sistem kehidupan mengikut kehendak Allah sehingga setiap orang dapat merasakan hidup aman dan tenteram.

[91]
Demikianlah halnya; dan sesungguhnya Kami mengetahui secara meliputi akan segala yang ada padanya.

[92]
kemudian ia berpatah balik menuru jalan yang lain.

Setelah menyelesaikan kewajipannya ke atas bangsa itu Iskandar meneruskan perjalan menuju ke utara.

Menurut ahli kaji al-Quran, Iskandar Zulkarnain bersama-sama bala tenteranya menuju ke utara negara Armenia melalui Persian dan Azerbaijan. Di sana, beliau menjumpai satu bangsa yang hidup dalam ketakutan dan tinggal di antara dua buah gunung, iaitu gunung Armenia dan gunung Azerbaijan. Mereka menggunakan bahasa yang amat sukar untuk difahami.

[93]
Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan.

Bangsa ini dilihatnya hidup di dalam ketakutan kerana sering serang dan diganggu oleh kaum Yajuj dan Majuj yang tinggal berjiran dengan mereka. Kaum ini amat kejam tiada belas kasihan, akan membunuh dan menghancurkan apa sahaja yang mereka temui.


Kedatangan Iskandar Zulkarnain itu, disambut dengan perasaan amat gembira dan penuh kehormatan kerana mereka tahu Iskandar Zulkarnain adalah seorang raja yang kuat dan adil di muka bumi ini.

Lalu mereka meminta pertolongan dari Iskandar Zulkarnain.

[94]
Mereka berkata: "wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?"

Mereka bersedia membayar upah kepada Iskandar Zulkarnain asalkan dia sanggup membina tembok pemisah di antara negara mereka dengan bangsa Yajuj dan Majuj itu.

[95]
Dia menjawab: "(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.

Lalu Iskandar Iskandar memerintahkan penduduk Negara itu mengumpulkan peralatan seperti besi, tembaga , arang batu dan kayu untuk membina tembok tersebut.

[96]
Bawalah kepadaku ketul-ketul besi"; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, ddia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: "Tiuplah dengan alat-alat kamu" sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: "Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya".

Api pun dinyalakan dengan menggunakan kayu dan arang batu. Ada pun kayu digunakan kerana sifatnya yang mudah terbakar, dan arang batu pula kerana kemampuannya menyimpan haba dalam jangkamasa yang panjang.

Diambilnya besi lalu dileburkan dan tuangkan pula tembaga ke atas besi itu sehingga sebati menjadi satu. Iskandar Zulkarnain bersama bala tenteranya dan bantuan penduduk, akhirnya berjaya menyiapkan tembok tersebut. Tingginya tembok tersebut hampir menyamai puncak kedua-dua gunung tersebut.

[97]
Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.

[98]
(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar".

Maka aman dan tenteramlah kembali penduduk di negeri itu, sehinggalah sampai pada satu saat nanti, apabila telah sampai takdir tuhan, maka kaum yajuj dan majuj ini akan berjaya menembusi tembok tersebut dan akan melakukan huru-hara di muka bumi ini.
 
Powered By Blogger