Pages

Thursday, December 15, 2011

Muaturun Borang Bantuan RM500

Talian Hotline : 1-800-222-500 / 1-300-88-3010
Untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500
9.00am hingga 5.00pm (Hari Bekerja)
E-mel: belanjawan2012@treasury.gov.my


Muat Turun Borang BR1M :
BORANG BR1M

Friday, December 2, 2011

Daftar bantuan RM500 10 Disember

2011/12/01
KUALA LUMPUR: Pendaftaran permohonan bagi bantuan tunai RM500 untuk meringankan beban kos hidup rakyat yang berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah boleh dibuat mulai 10 Disember ini untuk tempoh sebulan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Pembayaran bantuan wang tunai hanya akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari tahun depan, katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Beliau berkata, borang permohonan akan diagihkan secara percuma di semua Jabatan Pembangunan Persekutuan, pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) serta agensi kerajaan.

Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga, merangkumi individu berkahwin, termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa, ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan, individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan dan warga emas sebatang kara.

Ketua isi rumah yang bekerja sendiri juga layak untuk memohon.

Ahmad Husni berkata, pembayaran bantuan berjumlah RM2.6 bilion itu dijangka memberi manfaat kepada 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini.
Pada pembentangan Bajet 2012, kerajaan mengumumkan untuk memberi bantuan itu sebagai tanda prihatin dalam usaha untuk membantu meringankan kos sara hidup rakyat di negara ini yang semakin meningkat.

Mana Nak Dapat Borang ?

KUALA LUMPUR – Proses pendaftaran untuk permohonan insentif Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3000 Ke Bawah akan dibuka selama sebulan mulai 10 Disember ini dengan urusan pembayaran dijangka dilakukan pada pertengahan bulan Januari 2012.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, borang pendaftaran permohonan bantuan rm500 boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau agensi-agensi kerajaan yang terpilih.

Menurut Ahmad Husni, bantuan itu dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah negara ini.

“Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.



Sumber : Berita Harian

Friday, October 28, 2011

KAPTEN MALAYSIA




Suatu ketika dahulu sekitar tahun 80an, kalau tak silap terbitan Mediaseni, ada menampilkan komik adiwira yang bergelar KAPTEN MALAYSIA.

Dia mempunyai kekuatan luar biasa dan boleh terbang. Kostumnya lebih kurang seperti gambar dengan sedikit touch up.


Setakat yang saya tahu ada tiga adiwira bergelar kapten iaitu Captain America, Captain Britain dan Kapten Malaysia.

Saturday, September 17, 2011

NEXTCUBES Rovolusi baru dalam Laman Sosial



PENGENALAN : APA ITU NEXTCUBES?


Secara asasnya NextCubes adalah laman social seperti Facebook, Tagged dan yang lain-lainnya. Pendaftaran adalah PERCUMA, sama seperti laman-laman social yang lain.






BAGAIMANA NAK BUAT DUIT DENGAN NEXTCUBES?


Jadi bagaimana anda boleh buat duit dengan NextCubes…?

Jawapannya CUKUP MUDAH..!

Hanya ajak kawan-kawan menyertai NextCubes dan anda dibayar RM3.00 oleh NextCubes.








Bukan itu saja, anda juga ada peluang lain untuk mendapat wang di sini samada dengan menjual barang anda sendiri atau pun menjual barangan orang lain.



Bukan setakat RM10.00, bahkan anda boleh dapat RM2,000 atau lebih dari NextCubes.

Sertai kami PERCUMA dan kami akan terangkan caranya nanti. Untuk DAFTAR klik URL berikut : Nextcubes/Mosho






KELEBIHAN NEXTCUBES BERBANDING LAMAN SOSIAL LAIN.

1. Peluang dapat duit tanpa modal – hanya ajak rakan-rakan mendaftar dan anda akan dibayar.

2. Anda bebas menjalankan perniagaan anda di sini.

3. Jika tiada modal, anda boleh menjual barangan orang lain dan anda akan dibayar komisyen.

4. NextCuber adalah Hypermarket online yang cukup besar, menjual berbagai barangan. Dari barang runcit hinggalah barangan eletronik dan perkhidmatan. Pendek kata macam-macam ada.


JADI jangan berlengah lagi ! Sertailah kami sekarang. Atau anda akan ketinggalan.

UNTUK DAFTAR KLIK DI SINI
Nextcubes/Mosho


JUMPA ANDA DI NEXTCUBES !



UNTUK DAFTAR KLIK DI SINI
Nextcubes/Mosho

Saturday, August 6, 2011

Sarikata Bahasa Rambo 2


Malay subtitle Rambo 2 Sila klik pautan di bawah untuk muatturun :
Rambo II

Thursday, August 4, 2011

Kisah disengat Lebah & Tebuan



Pagi semalam, hari ke tiga di bulan Ramadhan, ketika sedang bersiap untuk ke tempat kerja tiba-tiba aku terpijak sesuatu. Sakitnya bukan kepalang, serta merta menusup dari telapak kaki hingga ke buku lali. Terpijak kaca kot. Tapi kenapa sakitnya lain macam. AKu membelek-belek tapak kaki sambil menekan di tempat yang sakit. Nampak la satu benda hitam, aku pun cabut. Lembek je, tapi kenapa kaki aku berdarah.

Tengok sekeliling, akhirnya nampak la tuan punya benda tu. Lebah? Dari mana pula datangnya? Lantaklah dari mana datangnya...tanya pun bukan dia nak jawab. Aku tengok lebah tu dah nyawa-nyawa ikan. AKu pun tamatkanlah nyawa ikan tu..ha ha...

Tengah hari tu nak tak nak tepaksa la aku gi klinik, takut ada kesan sampingan. Pagi ni dah mula rasa gatal-gatal dan bengkak.

Tahun lepas aku kena sengat tebuan kat kampung, dalam bulan Ramadhan gak...tahun ni plak kena sengat lebah. Dah macam ada jadual berkala la pulak.

Jadi, hasil dari kejadian tu aku titipkanlah sedikit info pasal benda tu :

Serangga daripada janis lebah, penyengat, tebuan dan tebuan tanah mempunyai kepentingan perubatan yang besar kerana gigitan atau sengatannya boleh menyebabkan tindakbalas keracunan mendadak serta alahan yang boleh membawa maut. Belakangan ini terdapat beberapa laporan akhbar tentang kejadian serangan lebah yang telah meragut nyawa kanak-kanak.

Bagaimana ini boleh terjadi?

Serangga ini adalah jenis serangga dari kumpulan hymenoptera yang mempunyai sengat bersambungan dengan saluran kantung racunnya di tapak sengatan supaya bahan racun terus mengalir ke dalam tubuh mangsanya. Sejenis bahan kimia yang disebut pteromone juga ditinggalkan kepada mangsanya bagi menarik perhatian lebah lain supaya menyerang mangsa tersebut.

Bagi langkah kecemasan pada sebarang gigitan serangga, langkah umum yang diambil adalah berdasarkan kepada anggapan bahawa setiap gigitan boleh memudaratkan kesihatan mangsa.

Jika ini berlaku, mangsa sengatan boleh menunjukkan salah satu tindakbalas berikut: untuk mangsa yang pertama kali disengat, kesan kesakitan dan rasa panas dirasai pada tapak sengatan. Bengkak merah akan muncul selepas sengatan tersebut dan bengkak ini akan hilang selepas satu hingga dua jam. Bahan beracun himenoptera boleh menghasilkan kesan-kesan reaksi setempat dalam masa beberapa jam, antaranya gerak balas badan (bahagian sengatan kelihatan timbul), rasa gatal, sakit dan bengkak kemerahan. Kesan-kesan ini akan surut dalam beberapa jam kecuali jika sengatan di mulut atau kerongkong yang menyebabkan reaksi ini boleh menyempit saluran pernafasan. Jika mangsa alah kepada bahan racun tersebut, kejutan anafilaksis akan dialami.

Untuk mangsa yang pernah mengalami sengatan sebelumnya atau menunjukkan kesan alahan yang keterlaluan, bengkak merah yang muncul akan merebak ke kawasan lain untuk menyebabkan mangsa mengalami kesan-kesan lain seperti pening, sakit kepala, sakit perut dan rasa lemah badan. Jika sengatan yang berlaku meliputi keseluruhan badan seperti di dalam sengatan sekawan besar serangga, tindakbalas alahan menjadi teruk sehingga mangsa boleh mengalami bengkak di saluran pernafasan, susah bernafas dan pengsan.

Kematian mengejut boleh berlaku jika langkah kecemasan tidak dijalankan ke atas mangsa sengatan ini. Reaksi alahan ini menjadi ketara antara 30 minit hingga 24 jam selepas disengat.

Reaksi luar biasa ini hanya terhasil daripada pembabasan bahan kimia yang dapat menghasilkan kejutan (penurunan tekanan darah), penyempitan sistem pernafasan, ruam menyeluruh dan bengak pada saluran darah. Ini membuatkan pesakit merasa sesak nafas, tidak sedarkan diri atau boleh menyebabkan maut. Reaksi ini biasanya dialami pada mangsa alah yang pernah disengat oleh tebuan atau lebah.

Reaksi anafilaksis, walaupun ringan (hanya ruam, lecur dan tidak mengancam nyawa) tetapi masih perlu dirawat di hospital atau klinik. Reaksi anafilaksi selalunya berlaku selepas badan menjadi peka (sensitisasi) apabila sedikit alergen terkandung pada racun yang masuk ke dalam tubuh mangsa menghasilkan reaksi pada sel-sel sistem pertahanan badan. Ini menjadikan sistem pertahanan lebih peka (hipersensitif) kepada bahan tersebut apabila didedahkan seterusnya. Selalunya sengatan pertama atau sengatan sensitisasi ini tidak disedari oleh mangsa kerana ia tidak menghasilkan kesan yang ketara selain reaksi setempat. Keupayaan hipersensitiviti hasil daripada sengatan sensitiasi boleh bertahan dari berberapa bulan hingga beberapa tahun.

Apakah langkah-langkah kecemasan yang perlu dilakukan?

1. Mana-mana bahagian tubuh yang terdedah boleh menjadi sasaran sengatan serangga. Apabila bekerja di luar rumah pastikan anda memakai baju berlengan panjang, seluar panjang dan kasut.
2. Elak memakai pakaian bercorak bunga-bunga dan berwarna-warni kerana ini akan menarik perhatian serangga himenoptera.
3. Pastikan anda tidak memakai bau-bauan atau minyak wangi atau bahan yang berbau kuat kerana ini boleh menarik perhatian serangga himenoptera.
4. Apabila berkelah pastikan makanan yang manis atau sisa makanan tidak terdedah kerana ini boleh menarik perhatian serangga himenoptera.
5. Jangan ganggu sarang serangga. Jika diusik, serangga cenderung untuk menyerang bagi melindungi sarangnya.
6. Gunakan racun serangga atau ubat sapu penghalau serangga di badan untuk mencegah gigitan atau sengatan serangga.

Apabila menghadapi serangga tebuan pergerakan yang perlahan untuk mengelak lebih baik daripada pergerakan cepat untuk melarikan diri atau cubaan untuk membunuh serangga tersebut.

Jika anak anda terkena sengatan serangga

1. Jika disengat oleh serangga, jangan tampar atau bunuh haiwan serangga tersebut. Kebiasaanya, serangga akan meninggalkan pundi sengat ke dalam kulit yang akan tertolak lebih dalam masuk ke kulit dan akan menyukarkan pengeluaran pundi sengat tersebut. Tepis serangga daripada kulit dan perhatikan sama ada pundi sengat masih tertanam di dalam kulit. Jika dapat melihat pundi sengat tersebut, gunakan pengumpil atau penyepit untuk menanggalkan pundi sengat.
2. Guna tali tornikuet untuk mengikat bahagian tangan atau kaki di atas tapak sengatan. Ikatan ini akan menperlahankan sebaran sengat ke bahagian lain tubuh.
3. Basuh kawasan sengatan dengan sabun dan air dan letakkan ais ke atas tapak sengatan untuk mengurangkan bengkak.
4. Hadkan pergerakan kaki atau tangan yang mengalami sengatan. Bawa mangsa berjumpa doktor dengan segara.

info dipinjam dari : http://www.prn.usm.my/bulletin_articles_kosmik.php?Id=515

JANGAN MAIN-MAIN...BOLE MATI OOOO !

Pengajaran yang aku dapat, buatlah ibadat selagi ada hayat....

Friday, July 29, 2011

NIAT PUASA















BACAAN NIAT PUASA RAMADHAN


Mengikut mazhab Imam Shafie, niat hendaklah dilakukan pada setiap malam. Para ulama berpendapat kita boleh bertaklid mengikut mazhab Imam Maliki yang mengharuskan niat puasa untuk sebulan Ramadan: Iaitu berniat untuk sebulan Ramadan dengan tujuan jika terlupa niat mana-mana malam di bulan ramadan niat mengikut Imam Maliki itu boleh dipakai. Niat Imam Maliki hendaklah dilakukan pada malam pertama puasa. Namun niat setiap malam hendaklah dilakukan.


Sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala





DOA BUKA PUASA

Saturday, July 9, 2011

BERCAKAP DENGAN JIN




131 Mengeletek Macam Cicak

Saya mengucap panjang, bila melihat kaki kiri Khoja Lisut menggeletak macam ekor cicak yang terpisah dari badannya, sementara kaki kanannya bergerak macam badan ular.
“Terlalu banyak ilmu batin salah yang dituntutnya. Tetapi, bila dia sakit ternyata ilmunya tidak dapat menyembuhkan penyakitnya kerana itulah dia datang jumpa kamu. Dalam kehebatannya, masih ada kekurangannya, memang begitu adatnya yang menimpa manusia. Tidak ada orang yang gagah, tidak ada orang yang amat pintar, setiap yang lebih pasti ada kekurangannya,” Haji Yatimi terus memberikan ceramah kecil untuk saya, Mat Upeh dan datuk.
“Apa yang mesti dibuat sekarang?” Mat Upeh bertanya.

Baca seterusnya :

http://tamarjalis.blogspot.com

http://komuniti-sbdj.blogspot.com

http://siriceritabercakapdenganjin.blogspot.com

Thursday, June 30, 2011

Skuad Bolasepak Malaysia Menang Lagi


KUALA LUMPUR 29 Jun - Skuad bola sepak negara berjaya memperoleh kemenangan 2-1 menundukkan Taiwan dalam saingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Gol pembukaan negara di perolehi melalui Safiq Rahim pada minit ke-28 dan gol kemenangan hasil tandukan pemain pertahanan Aidil Zafuan Abd. Radzak pada minit ke-55 manakala gol tunggal Taiwan diperolehi hasil rembatan kencang Po Liang Chen pada minit ke-77.

Selepas ini skuad kebangsaan akan berkunjung ke Stadium Municipal Taiwan pada Ahad ini untuk perlawanan kedua. - Utusan



Terdahulu Skuad Harimau Muda menewaskan Lubnan 2-1 dalam saigan pra-olimpik. - Berita Harian

Friday, June 10, 2011

BENUA ATLANTIS


Sehingga kini cerita tentang benua yang hilang ‘Atlantis’ masih diselubungi misteri. Sebahagian orang menganggap Atlantis cuma kisah dongeng, meski pun begitu, tidak kurang 5.000 buku berkenaan Atlantis telah ditulis oleh ramai pakar.

Bagi para arkeologi atau oceanografer moden, Atlantis tetap merupakan objek menarik terutama soal kedudukan sebenar benua tersebut. Ramai ilmuwan menyebut benua Atlantis terletak di Samudera Atlantik.
Kisah berkaitan Atlantis buat pertama kali dijumpai dalam karangan ahli falsafah Yunani kuno iaitu di dalam catatan dialog Plato (427-347 SM) buku Critias dan Timaeus. Di dalam Timaeus, Pluto menceritakan bahawa kerajaan Atlantis adalah sebuah pulau besar yang di kelilingi pulau-pulau kecil di hadapan “Selat Mainstay Haigelisi”.

Ketika Atlantis sedang bersiap untuk melancarkan peperangan dengan Athen, tiba-tiba kerajaan itu dilanda gempa dan banjir besar. Tidak sampai sehari seluruh kerajaan itu tenggelam sama sekali ke dasar laut membawa bersama peradabannya yang hebat itu.

Satu bahagian dalam buku Critias pula, tercatat kisah Atlantis yang diceritakan oleh adik sepupu Critias. Critias adalah murid ahli falsafah Socrates. Kisah ini diceritakan secara lisan kepada adik sepupunya oleh moyang lelakinya iaitu Joepe yang juga mendengarnya dari seorang penyair Yunani bernama Solon (639-559SM). Solon adalah yang terbijak di antara tujuh bijakpandai Yunani kuno. Solon mengetahui kisah Atlantis ini dari tempat pemujaan makam suci ketika mengembara ke Mesir. Catatan dalam dialog secara kasarnya seperti berikut :
“Ada sebuah daratan raksasa di atas Samudera Atlantik arah barat Laut Tengah yang sangat jauh, yang bangga dengan peradabannya yang menakjubkan. Ia menghasilkan emas dan perak yang tak terhitung banyaknya: istana dikelilingi oleh tembok emas dan dipagari oleh dinding perak. Dinding tembok dalam istana bertakhtakan emas,cemerlang dan megah. Di sana, tingkat perkembangan peradabannya memukau orang. Memiliki pelabuhan dan kapal dengan perlengkapan yang sempurna, juga ada benda yang bisa membawa orang terbang. Kekuasaannya tidak hanya terbatas di Eropa, bahkan jauh sampai daratan Afrika. Setelah dilanda gempa dahsyat,tenggelamlah ia ke dasar laut beserta peradabannya, juga hilang dalam ingatan orang-orang.“

Atlantis digambarkan sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai kemajuan teknologi yang tinggi. Dikatakan telah ada pesawat tebang, pendingin udara, bateri dan lain-lain lagi pada masa itu.
Menurut lagenda, Kerajaan Atlantis didirikan oleh dewa laut Poseidon. Di atas sebuah pulau, ada seorang gadis muda yang kedua orang tuanya meninggal, Poseidon memperisterikan gadis muda itu dan melahirkan lima anak kembar, kemudian Poseidon membagi keseluruhan pulau menjadi 10 wilayah, masing-masing diserahkan pada 10 anak untuk menguasai, dan anak sulung ditunjuk sebagai penguasa tertinggi. Karena anak sulung lelaki ini bernama Atlan, oleh karenanya menyebut nama negeri tersebut sebagai kerajaan "Atlantis".

Penyelidikan Arkeologi.
Mengikut pengiraan versi Plato,kerajaan Atlantis telah tenggelam lebih kurang 11,150 tahun silam. Plato pernah beberapa kali mengatakan, perihal kerajaan Atlantis disampaikan secara turun-temurun dan bukan rekaannya sendiri. Bahkan Plato telah pergi ke Mesir untuk meminta petunjuk biksu dan rahib terkenal setempat waktu itu. Guru Plato yaitu Socrates juga menegaskan bahawa kisah kerajaan Atlantis itu adalah kisah benar yang bukan direka-reka.
Jika apa yang dinyatakan Plato adalah benar, maka manusia sudah mencipta peradaban sejak 12,000 tahun silam. Namun di manakah lokasi sebenar kerajaan Atlantis itu? Sehingga abad ke-20 sejak tahun 1960-an, telah ditemukan beberapa keajaiban di laut Bermuda yang terletak di bagian barat Samudera Atlantik, di kepulauan Bahama, dan laut di sekitar kepulauan Florida.
*Suatu hari di tahun 1968, kepulauan Bimini di sekitar Samudera Atlantik di gugusan Pulau Bahama, beberapa penyelam dalam perjalanan kembali ke kepulauan Bimini telah menemui sebuah jalan besar di dasar laut yang membentang tersusun dari batu raksasa. Itu adalah sebuah jalan besar yang dibina dengan menggunakan batu persegi panjang dan poligon, besar kecilnya batu dan ketebalan tidak sama, namun penyusunannya sangat rapi, konturnya cemerlang. Apakah ini merupakan jalan kerajaan Atlantis?
*Awal tahun ‘70-an, sekumpulan pengkaji telah tiba di sekitar kepulauan Yasuel, Samudera Atlantik. Mereka telah mengambil inti karang dengan menyelam pada kedalaman 800 meter di dasar laut, hasil kajian mendapati tempat itu memang benar-benar sebuah daratan pada 12,000 tahun silam. Kesimpulan yang diperolehi atas dasar teknologi ilmu pengetahuan, begitu mirip seperti yang digambarkan oleh Plato. Namun, apakah di sini tempat tenggelamnya kerajaan Atlantis?
*Tahun 1974, sebuah kapal peninjau laut Uni Soviet telah berjaya merakam 8 keping gambar yang memperlihatkan sebuah bangunan kuno. Apakah ini dibangun oleh orang Atlantis?
*Tahun 1979, ilmuwan Amerika dan Perancis dengan peralatan yang sangat canggih menjumpai piramid di dasar laut Segitiga Bermuda. Panjang piramid lebih kurang 300 meter, tinggi lebih kurang 200 meter, jarak puncak piramid dengan permukaan hanya hanya 100 meter, lebih besar saiznya jika dibanding dengan piramid Mesir. Di bahagian bawah piramid itu terdapat dua lubang besar dan air laut mengalir di dasar lubang dengan kelajuan yang menakjubkan.
Piramid besar ini, mungkinkah dibina oleh orang-orang Atlantis? Pasukan kerajaan Atlantis pernah menaklukkan Mesir, apakah orang Atlantis membawa peradaban piramid ke Mesir? Di benua Amerika juga terdapat piramid, apakah berasal dari Mesir atau berasal dari kerajaan Atlantis?
*Tahun 1985, dua kelasi Norway menjumpai sebuah kota kuno di bawah kawasan laut “segitiga maut”. Merek berdua berjaya merakamkan foto sebuah bandar yang lengkap dengan dataran, jalan besar vertikal dan horizontal serta lorong, rumah beratap kubah, gelanggang sabung (binatang), kuil, bantaran sungai dll.

Sayangnya, piramid dasar laut segitiga Bermuda, hanya berjaya diselidiki dari atas permukaan laut walaupun menggunakan peralatan canggih, hingga kini belum ada seorang pun ilmuwan dapat memastikan apakah sebuah bangunan yang benar-benar dibangun oleh tenaga manusia, sebab mungkin saja sebuah puncak gunung bawah air yang berbentuk limas.
Foto peninggalan bangunan kuno di dasar laut yang diambil kumpulan ekspidisi Rusia, juga tidak dapat membuktikan di sana adalah bekas tempat kerajaan Atlantis.

Setelah itu ada kumpulan ekspidisi menyelam ke dasar samudera jalan batu di dasar lautan Atlantik Pulau Bimini, mengambil sampel “jalan batu” dan dilakukan pengkajian makmal serta dianalisa.

Hasilnya menunjukkan, bahwa jalan batu ini belum mencapai umur 10.000 tahun. Jika jalan ini dibuat oleh bangsa kerajaan Atlantis, setidak-tidaknya tidak kurang dari 10.000 tahun. Mengenai foto yang ditunjukkan kedua kelasi Norway itu, hingga kini pun tidak dapat membuktikan apa-apa.
Satu-satunya kesimpulan tepat yang dapat diperoleh adalah benar ada sebuah daratan yang karam di dasar laut Atlantik. Jika memang benar di atas laut Atlantik pernah ada kerajaan Atlantis, dan kerajaan Atlantis memang benar tenggelam di dasar laut Atlantik, maka di dasar laut Atlantik pasti dapat ditemukan bekas-bekasnya. Hingga saat ini, kerajaan Atlantis tetap merupakan sebuah misteri sepanjang masa.


Baca seterusnya.... klik TAJUK di bawah :

Dari Berita Harian

Indonesia Sebahagian Dari Atlantis ?

Teori Baru Kewujudan Atlantis

Tintin 7 Bola Kristal

Untuk membaca kisah sebelumnya sila ke Blog Archive 2010...


48


49


50

Cari Duit !



Perolehi US Dollar pada Setiap Minggu & Wang Tunai dalam gandaan RM100 pada Setiap Hari, terus ke akaun bank anda...klik URL di bawah

http://alturl.com/onbko

Saturday, May 28, 2011

RAMBO : First Blood Sarikata Bahasa


Link Muatturun :

http://www.4shared.com/document/erASeWd4/RAMBO_I.html

SWAT 2011 Sarikata Melayu





Link Muatturun :

http://www.4shared.com/document/ngy4WZgZ/SWATFirefight2011.html

Monday, May 23, 2011

Wajah Hitam Kacang Soya




Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.

Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.

Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:

* Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
* Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
* Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.

Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).

FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia ( 1 ) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone ( 2 ).

( 1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)

( 2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)

Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama ‘phytic acid ( 3 )’ yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.

( 3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)

Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin ( 4 ) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialahtempe.

(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)

Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.

Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.

Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.

Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.

Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

FAKTA : Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!

FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.

MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT

Wallahu a’lam

Ustaz Hashim Al-Maranji


(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Al-Rad, Ayat 28)

Nota :
Artikal ini diambil dari email yang diterima.
Untuk pengesahan sila rujuk sumber-sumber berkaitan.

Tuesday, May 10, 2011

Malay Subtitle Narnia - The Voyage of The Dawn Trader



Link Untuk Muat Turun

http://www.4shared.com/document/aNRMqttR/The_Chronicles_of_Narnia_The_V.html

Tuesday, April 26, 2011

Malay Subtitle Five Minarets in New York 2010



Pautan Link :
http://www.4shared.com/document/SdkPiKG5/Five_Minarets_in_New_York.html

Friday, April 15, 2011

Yogi Bear - Malay Subtitle



Link untuk muatturun sarikata Bahasa Malaysia

http://www.4shared.com/document/NJwOGR6V/Yogi_Bear_DVDRip.html

Tuesday, March 29, 2011

Malay Subtitle - Sammy's Adventures



Saya usahakan srikata ini untuk memudahkan anak-anak kecil lebih memahami cerita ini.

Link untuk download :

http://www.4shared.com/document/kfQ22yUf/ATurtlesTaleSammysAdventures20.html

Malay Subtitle - Season of the Witch



Sarikata ini dihasilkan oleh 'BAGOK'

Terima kasih pada beliau. Saya menyediakan link ini hanya untuk memudahkan pencarian.

Download Link :

http://subscene.com/malay/Season-of-the-Witch/subtitle-421133.aspx

Saturday, March 26, 2011

Malay Subtitle Robot




Link untuk muatturun sarikata :

http://www.4shared.com/document/Mq-8ozIl/Robot_-_DVDRip_-_XviD_-_1CDRip.html

Wednesday, March 23, 2011

Malay Subtitle - Tangled



Sarikata ini disediakan oleh saudara BAGOK. Terima kasih atas usahanya kita dapat menikmati sarikata dalam Bahasa Malaysia.

Untuk muat turun masuk web URL di bawah :

http://subscene.com/malay/Tangled/subtitle-417166.aspx

Wednesday, March 16, 2011

Review Hikayat Merong Mahawangsa



15 Mac 2011.

Aku pergi tengok HMM. Keseluruhan filem ini aku puji bagus. Setanding dengan filem hollywood gre 'A'. Jalan cerita straight forward. Ada banyak aksi mungkin untuk menarik audience luar negara. Mungkin garapan cerita tidak sehebat PGL, tapi jika mengambil kira tujuan pembikinan dan strategi pemasaran barangkali, ia boleh dianggap baik.

Hikayat Merong Mahawangsa Trailer


OST Hikayat Merong Mahawangsa


Bagus dari segi aksi dan CGI dan sesuai untuk tontonan keluarga. Kostum dan set yang dihasilkan juga punya ciri-cir keaslian dan menampilkan identiti tersendiri bersesuaian dengan latar belakang cerita.









Diselitkan juga ungkapan-ungkapan yang berbaur jenaka bagi menambah warna di dalam filem ini.



Semoga berjaya buat filem ini dan tahniah buat Yusri dan KRU. Semoga usaha menerbitkan filem-filem bermutu begini diteruskan lagi.

Jangan lupa menonton filem ini di pawagam.

Saturday, February 19, 2011

Malay Subtitle - Hiss




Copy link di bawah untuk muatturun :
http://www.4shared.com/document/BC5BJEAH/Hisss_-_DVDRip_-_XviD_-_1CDRip.html

Diari Hatimu



Biarkan aku
Menjalin asmara
Dengannya yang ku cinta
Jangan ku dihalang
Walau pedang bukan penghalang

Gelora rindu
Buat ku merasa tersiksa
Jauh darinya
Andai ku punya sayap
Kau di bulan akan ku jelang

Kasihku dengarlah
Suara hatiku
Kata hati ini
Hanya dirimu seorang
Yang ku sayang

Kekasih tulis namaku
Di dalam diari hatimu
Kekasih setiap senyummu
Pengubat rindu di hatiku

Puisikan segala janji-janji kita
Bakar semua kepalsuan

Wednesday, February 16, 2011

Malay Subtitle - After Life 2010



Sinopsis :

Seorang wanita muda terjebak di antara hidup dan mati ...... dan seorang pengurus pengkebumian yang mempunyai kebolehan bercakap dengan orang mati, tapi mungkinkah dia berniat menanam mereka hidup-hidup...?

Link

http://www.4shared.com/document/scmah-yA/AfterLife2010BDRipx264-SHiTTy.html

Thursday, February 10, 2011

Maher Zain Insya'Allah - Malay

MALAYSIA TEWASKAN HONG KONG 2 - 0

Skuad bola sepak negara kekal reputasi jagoan Asia Tenggara




SKUAD kendalian K Rajagobal memastikan gelaran juara Asia Tenggara bukan diperoleh secara nasib apabila meneruskan rentak kemenangan dengan menewaskan Hong Kong 2-0 hasil jaringan kapten pasukan, Safiq Rahim pada minit ke-44 dan Mohd Amirulhadi Zainal (m90).

Malaysia yang berada tiga anak tangga di atas lawannya itu dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) - Malaysia di tangga ke 140, Hong Kong 143 - memastikan reputasi sebagai juara Sukan SEA dan Piala Suzuki AFF tidak tercalar pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, malam tadi.

BERITA HARIAN ONLINE

Tuesday, January 25, 2011

Green Hornet 2011 Review




Aku minat filem ni. Tapi untuk yang terbaru ni aku tak berapa suka. Kato lakonan Jay Chao memang hebat. Tapi Seth Rogen.... apa badut ni dah buat untuk cerita ni. Lagi baik tengok Cicakman...coz dah tau citer ni citer Superhero Comedy.

Green Hornet jadi citer komedi... look so weird...

Kato lebih menonjol dari segi perwatakan, Green Hornet dah jadi macam clown, dengan perwatakan yang tunggang-langgang dah tak terurus... kecewa tak sehebat Green Hornet yang asal.... kalau setakat nak layan komedi bleh la... tu pun jauh tertinggal di belakang Hantu Kak Limah Balik Rumah...

Itulah pendapat peribadi aku...
 
Powered By Blogger