SUPERHERO DARI DUNIA KEGELAPAN
Seekor iblis yang bernama namanya Anung Un Rama (Haiwan dari Wahyu), Hellboy dibawa ke muka bumi sebagai bayi oleh okultis Nazi. Dia ditemui oleh pasukan Bersekutu, di antara mereka, Profesor Trevor Bruttenholm, yang membentuk ‘Biro Penyelidikan Paranormal dan Pertahanan (BPRD)’ Amerika Syarikat. Kerana dibesarkan oleh Profesor Bruttenholm, yang telah mengangkatnya sebagai anak biasa (normal), dia telah berubah sifat lebih kepada kemanusiaan..
Dia bekerja dengan makhluk aneh lainnya di BPRD (Biro Penyelidikan Paranormal dan Pertahanan), sebuah lembaga bukan-kerajaan antarabangsa untuk melawan kekuatan jahat termasuk Nazi dan Baba Yaga.
Lahir di Detroit, Michigan, Al Simmons, seorang agen CIA, dibunuh oleh ketuanya, Jason Wynn, selepas menyaksikan "bosnya bertukar rupa". Simmons kemudian dihantar ke neraka, di mana dalam usaha untuk melihat isterinya buat kali terakhir, dia telah membuat perjanjian dengan syaitan Malebolgia, dan tanpa disedari menjadi "Hellspawn", seorang Jeneral Tentera Neraka.
Spawn telah berusaha untuk mempertahankan sifat kemanusiaannya dan berjaya keluar dari kawalan Malebolgia dan memerangi pelbagai musuh, baik supernatural ataupun penjenayah.
Mephistopheles bertemu Johnny Blaze seorang penunggang motorsikal aksi ngeri yang berusia 17 tahun, menawarkan untuk merawat kanser paru-paru ayahnya di tukar dengan jiwa Johnny. Johnny tidak sengaja 'menandatangan kontrak' apabila ketika setitik darahnya menitis ke tanah setelah ditusuk oleh Mephistopheles. Johnny tidak akan mati walau dicederakan seteruk mana pun dan dia juga berupaya merubah dirinya menjadi Ghost Rider.
Seorang pemuda yang bernama Eric. Dia dan tunangnya, Shelly, diserang oleh sekumpulan penjenayah jalanan. Eric tertembak di kepala dan lumpuh, dan Shelly pula telah dipukul dan diperkosa. Mereka kemudian dibiarkan untuk mati di pinggir jalan.
Eric dibangkitkan oleh burung gagak dan dan mempunyai kekuatan luar biasa dan tidak merasa kesakitan.
Thursday, July 29, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment